Nuffnang Ads

Thursday, August 26, 2010

SIJIL & SOALAN SPM LAMA DARI UNIVERSITI CAMBRIDGE


zaman aku bersekolah dahulu sijil SPM dikeluarkan dan di tandatangan oleh Vice-Chancellor University Of Cambridge.


Soalan SPM 1977 ILMU HISAB TAMBAHAN,.sekarang ADD.MATH

Soalan SPM 1977 ILMU HISAB sekarang MATH.Masa aku bersekolah dahulu,pepereksaan SPM/MCE ramai antara masyarakat memanggilnya pepereksaan CAMBRIDGE,ini kerana semua kertas soalan dibuat dan dicetak di Universiti Cambridge begitu juga dengan Sijil SPM pun di keluarkan dan di tandatangan oleh Vice-Chancellor University Of Cambridge.

Friday, August 13, 2010

gambar2 lama dalam kenangan teman,..

Gambar kenangan bersama kawan2 semasa bertugas di JKR Stor Negeri Perak,Ipoh dalam tahun 1980
Bergambar kenangan di hadapan Kongka Hotel,Betong,Thailand semasa lawatan bersama Persatuan Sepak Takraw Negeri Perak sekitar tahun 1990..
sukan tahunan kali pertama sek men temenggong,kati,kuala kangsar 1974(aku dlm tingkatan 2)
paspot terhad untuk pergi ke singapore 30/07/1970
kenangan bersama kekawan tingkatan 5 sains 1977 smt.

kenangan bersama kekawan semasa berkerja di Jabatan Telekom Malaysia K.Kangsar sekitar tahun 80an...berkabung kemangkatan Sultan Perak..,Sultan Idris

kenangan bersama kekawan semasa berkerja di Jabatan Telekom,K.Kangsar tahun 1982

kenangan bersama kekawan semasa bermain bola sepak kelab PAKAT Jabatan Telekom,K.Kangsar sekitar tahun 1983 ada antara kekawan yang telah meninggal dunia..











Thursday, August 5, 2010

rupanya aku dah pencen,..

rupa2nya aku dah pencen dengan kerajaan malaysia....

Sunday, August 1, 2010

signboard tin/besi..Shelltox lama...

1/8/2010...... Signboard Shelltox dari besi ini,aku dapat dari kedai runcit lama
,satu2nya kedai runcit yg diperbuat dari kayu/papan yg masih ada di No 6 Jalan Puchong, Batu 12, Puchong.Pada mulanya tokeh kedai Cina itu tak beri aku ambil kerana takut dinding kedainya tercabut,tetapi setelah aku pujuk dia berilah juga pada aku......tokeh kedai tu beri tahu,bahawa sign lingkaran nyamuk ini telah lama disitu sejak mula2 dia buka kedai.. apapun.., adakah anda nampak lagi lingkaran nyamuk jenama Shelltox ini dijual? yang ada pun cuma jenama Shieldtox, tidak silap aku Shelltox dah bertukar jadi Shieldtox beberapa tahun yang lalu. Namun masih dikeluarkan oleh pengeluar yang sama iaitu Reckitt & Colman ( 0 ) Ltd. beralamat di Petaling Jaya.

pam spray lama...........harry brand

pam spray lama nyamuk,lalat,langau dan sekutunya,..aku simpan untuk kenangan dan untuk dilihat oleh anak cucu cicit dan sesiapa saja yang ingin melihatnya....



mancis api....

sebahagian daripada koleksi mancis api teman
sebahagian daripada koleksi mancis api teman


mancis lain dari yang lain aku dapat dari one stop centre for secondhand goods,puchong...25/07/2010