Nuffnang Ads

Monday, February 28, 2011

Lesung batu turun temurun..

N3 teman kali ini cuma Lesung batu turun temurun iaitu seingat teman sejak teman bebudak lagi arwah emak teman sudah menggunakan sehingga kini diturunkan penggunaan kepada isteri teman.Sehingakan telah terserpih/pecah sebahagian daripada badan lesung ini dan telah kehilangan anak lesung/batu penumbuknya.

Lesung batu ini telah banyak jasanya dalam penyedian ramuan masakan dan seberapa banyak jenis sambal....

Lesung batu merupakan lesung yang diperbuat daripada batu yang sering digunakan pada suatu masa dahulu bagi menumbuk ramuan untuk memasak. Ia merupakan satu kemestian bagi setiap rumah untuk memilikinya, dan sering kali digunakan bagi menumbuk antara lain, sambal belacan.

Penggunaannya mudah, cepat dan tidak memerlukan kuasa eletrik. Ia juga boleh dijadikan senjata.

Friday, February 25, 2011

Manchester United Football Club..


Manchester United Football Club merupakan kelab bola sepak Inggeris terkenal, berpusat di Old Trafford di Trafford, Greater Manchester, dan juga merupakan salah satu kelab sukan terkenal dengan lebih 50 juta peminat di serata dunia .TM-Official Integrated Telecommunications Partner of Manchester United in Malaysia...
Sebenarnya bukan apa2 cuma teman nak maklumkan bahawa pihak TM diawal tahun 2011 ada mengeluarkan edisi terhad kotak bekas isian barangan streamyx bagi pemasangan baru.Kotak edisi terhad tersebut menampilkan beberapa orang pemain dari kelab MU pada kotaknya...
Dimitar Berbatov...

Wayne Rooney dan Ryan Giggs...
Wayne Rooney...
Dimitar Berbatov..
Teman adalah salah seorang daripada rakyat Malaysia yang memiliki kotak edisi terhad ini..

Thursday, February 24, 2011

Lain yang dicari lain yang dijumpa...

Lain yang dicari lain yang dijumpa,bak kata pepatah bagaikan semut jatuh ke balang gula.Teman terpandang akan susunan botol air soda dibelakang sebuah kedai runcit di Kpg.Sri Langkas,Puchong,Selangor dan tanpa segan silu terus teman bertanya kepada tuanpunya botol2 itu.
Dengan nada bersahaja tuanpunya botol2 ini menyuruh teman mengambil seberapa banyak botol yang boleh kerana niatnya hendak membuang botol2 tersebut..
dan tanpa disedari mulut teman telah berkali2 mengucapkan terima kasih kepada tuanpunya botol2 tersebut berkemungkinan terlalu suka...
setelah sebahagian botol telah berpindah milik kepada teman,maka inilah tempat permulaan untuk merendam dan mencuci dijalankan...
inilah sebahagian daripada hasil botol2 yang telah siap dibersih.....







Wednesday, February 23, 2011

Koleksi Pinggan Mangkuk Ayan..

Paparan teman hari ini cuma sebahagian koleksi Pinggan Mangkuk Ayan.Saja teman paparkan kerana ramai diantara anak2 dan cucu2 kita tidak pernah menggunakan dan melihatnya......


Tuesday, February 22, 2011

Tin Nyalaan Ubat Nyamuk....

N3 kali ini agak simple sahaja iaitu tin nyalaan ubat nyamuk sebenarnya racun nyamuk , dimasukan ke blog kerana ramai dikalangan anak2 yang tinggal dikota tidak pernah melihatnya.
pandangan dari sebelah atas tin...
pandangan tin yang telah di buka...
tempat letak lingkaran ubat atau racun nyamuk untuk di nyalakan bagi mengeluarkan asap...
bentuk tin ubat atau racun nyamuk yang lengkap....

Monday, February 21, 2011

Minum yogurt NESTLE BLISS percuma beg serbaguna..

N3 kali ini agak simple sahaja, telah dilihat secara tidak sengaja ketika teman berkunjung ke Pasaraya OTK,Puchong Prima iaitu Minum yogurt NESTLE BLISS percuma beg serbaguna dengan pembelian 2 x 700g.
corak beg serbaguna dengan gambar buah-buahan...

Hanya minum 2 botol kecil 200g sehari selama 14 hari untuk penghadaman yang baik...
Minuman yogurt NESTLE BLISS...rendah lemak.
Adik Nurul Putri Balqis berumur 1tahun 1bulan begitu minat dan tetarik dengan corak yang terdapat pada beg percuma ini.

TEKO JACOB'S

Paparan teman untuk tatapan kawan2 cuma sebiji teko jacob's...


Saturday, February 19, 2011

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Paparan teman hari ini cuma SIJIL AHLI KWSP yang telah dikeluarkan pada tahun 1980 semasa teman mula2 berkerja dengan JKR Stor Negeri Perak,Ipoh.

Pada masa itu tiada lagi sistem berkomputer seperti masa kini.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kerajaan telah menubuhkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai sebuah organisasi keselamatan sosial yang menyediakan faedah persaraankepada kakitangan di sektor swasta dan kakitangan tidak berpencen di sektor awam melalui skim KWSP.


Sungguhpun KWSP merupakan simpanan untuk persaraan ahli, ia juga menyediakan pelbagai jenis skim pengeluaran untuk ahlinya yang boleh dimanfaatkan sebelum mencapai umur persaraan.


Pengeluaran Persaraan

Friday, February 18, 2011

Koleksi Tempat Abu Rokok Lama....

Koleksi tempat abu rokok lama daripada kayu buatan China......


Koleksi tempat abu rokok lama daripada tembikar.....


Koleksi tempat abu rokok lama daripada kaca....