Nuffnang Ads

Wednesday, November 30, 2011

Clipper Manual...

Alat"clipper manual"ini teman simpan bagi mengimbau nostalgia lama dan untuk tatapan anak cucu.Masih terdengar-dengar bunyi 'klik,klik klik' di tepi cuping telinga apabila ianya di gunakan..






Friday, November 25, 2011

Five Dinars Saddam Hussein dalam kenangan...

Tinggal kenangan wang kertas Five Dinars ketika pemerentahan Saddam Hussein.Teman simpan wang ini bagi tatapan kita bersama dan juga sebagai tinggalan sejarah..


Saddam Hussein,Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

(28 April 1937-30 Disember 2006) merupakan presiden Iraq dari 1979 sehingga 2003.

Seorang bintang di Parti Ba'ath yang revolusionis, yang memberikan dukungan pan-Arab sekuler, modernisasi ekonomi, sosialisme, Saddam memainkan peranan penting dalam kudeta berdarah pada tahun 1968, yang membawa parti tersebut menjadi penguasa. Sebagai wakil presiden di bawah Jeneral Ahmed Bakr yang lemah dan tua, Saddam mengawal ketat konflik antara kerajaan pemerintah dan angkatan bersenjata di saat banyak organisasi mampu menggulingkan pemerintah dengan menggencet badan keamanan, dan ekonomi Iraq maju pesat pada tahun 1970an.

Sebagai presiden, dia mengembangkan pengabdian pribadi yang luas dan mempertahankan kekuasaan selama perang Iran-Iraq (19801988) dan Perang Teluk Parsipertama(1991), yang keduanya menyebabkan penurunan drastik standard hidup dan HAM. Walaupun dia dipuji oleh beberapa negara Arab diatas penentangannya terhadap dunia Barat dan sokongannya terhadap Palestin, Amerika Syarikat tetap memandang Saddam dengan banyak kecurigaan pada saat setelah kekalahan Iraqpada tahun 1991 dalam Perang Iran-Iraq. Dia disingkirkan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya ketika perang Iraq 2003 dan ditangkap oleh pasukan Amerika Syarikat pada 13 Disember 2003.

Pada 30 Disember 2006, Saddam Hussein menjalani hukuman gantung sampai mati menurut laporan media Iraq.

Thursday, November 24, 2011

Disket

Disket pada satu ketika dahulu begitu penting bagi setiap pengguna komputer dan kini hanya tinggal kenangan.Disimpan untuk kenangan dan tatapan kepada mereka yang tidak pernah melihat dan menggunakan disket ini.


Cakera liut (floppy disk) adalah peranti menyimpan data yang terdiri dari kepingan bulat nipis mudah lentur (liut) medium storan bermagnet disarung oleh bekas plastik segi empat sama atau segi empat bujur. Cakera liut dibaca atau ditulis dengan menggunakan pemacu cakera liut.
Cakera liut, juga dikenali sebagai floppy atau disket (nama yang dipilih agar menyerupai perkataan "kaset"), adalah biasa pada 1980-an dan 1990-an, digunakan oleh komputer peribadi dan komputer rumah ("PC") seperti Apple II, Macintosh, Commodore 64, Amiga, dan IBM PC untuk mengedar perisian, memindahkan data antara komputer, dan menyimpan salinan (backup) kecil. Sebelum cakera keras menjadi popular bagi komputer peribadi, cakera liut seringkali menjadi pilihan bagi menyimpan sistem operasi komputer, perisian aplikasi, dan data lain. Banyak komputer rumah mempunyai OS utama (kernel (sains komputer)) disimpan secara kekal dalam cip ROM (on-board), tetapi menyimpan sistem operasi cakera dalam cakera liut, sama ada ia sistem proprietari, CP/M, atau kemudiannya, DOS.

Sunday, November 13, 2011

BUKA Coca Cola,BUKA SEMANGAT !

Terdapat 4 tin koleksi Coke"BUKA Coca Cola,BUKA SEMANGAT !"
design 1 of 4
design 2 of 4
design 3 of 4
design 4 of 4
kesemua 4 design coke yang menarik....

Wednesday, November 9, 2011

Sampul & Duit Raya Aidilfitri 1432Hijrah PM


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ,1 Malaysia "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan".
Wang kertas RM5 ED5298019 terdapat dalam sampul duit ini yang dihulurkan kepada adik kecil Nurul Putri Balqis 1tahun setengah ketika berkunjung ke Sri Perdana,Putrajaya.

Sunday, November 6, 2011

Telefon Bimbit Dah Masuk Stor.

Koleksi sebahagian daripada telefon bimbit pada satu ketika pernah teman gunakan dan sekarang sudah tersimpan dalam stor dik kerana sudah ketinggalan zaman.
Nak dibuang sayang ...

Friday, November 4, 2011

Telefon Bimbit Siemens Old Skool.

Koleksi telefon bimbit Siemens old skool(lama) di simpan untuk kenangan.
SIEMENS...

Thursday, November 3, 2011

Cenderamata Hari Raya Aidilfitri 1432H PM

Kotak Cenderamata Hari Raya Aidilfitri 2011/1432Hijrah teman perolehi semasa berkunjung bersama keluarga ke Sri Perdana,Putrajaya di majlis sambutan Hari Raya 1 Malaysia 31/8/2011.


Kotak Cenderamata Hari Raya dengan ingatan tulus ikhlas drp,Dato'Sri Najib Tun Razak PM,Datin Sri Rosmah Mansor dan keluarga.

Wednesday, November 2, 2011

Koleksi Air Cola

Sebahagian daripada koleksi pelbagai air minuman cola yang teman simpan.
Coca Cola music keluaran Thailand..

Coca Cola botol kecil berisi 250ml keluaran Thailand...
Pelbagai jenama air cola...