Nuffnang Ads

Saturday, December 31, 2011

Toys Pembancuh Simen...

Koleksi teman di penghujung tahun 2011 ini cuma toys mesin pembancuh simen.....di simpan kerana terkenang di era tahun 1977 pernah menggunakan mesin seperti ini ketika menjadi buruh kasar membuat batu-bata di Sungai Siput(U),Perak.



Friday, December 30, 2011

Terompah Mini...

Satu ketika dahulu alas kaki atau terompah yang di perbuat daripada kayu ini begitu populer di negara kita.Akan tetapi kini ianya semakin berkurangan di pasaran dan koleksi terompah teman ini hanyalah terompah mini atau terompah kanak2...










Monday, December 26, 2011

Salasilah Para Nabi dan Rasul 'Alaihimussalam...

Salasilah Para Nabi dan Rasul 'Alaihimussalam.,telah dikeluarkan bertempat di Banda Aceh bertarikh 3 Rabi'ul Akhir 1424H bersamaan 3 Jun 2003M oleh Majelis Permusyawaratan Ulama.

Majelis Permusyawaratan Ulama telah di wakili oleh Dr Tgk H.Muslim Ibrahim,MA, untuk menandatangan salasilah ini.

Di simpan untuk dibuat rujukan...

Saturday, December 24, 2011

Olympia Camera...

Koleksi Olympia Camera old skool masih menggunakan filem gulong...




Sampul LesenTV-Radio.

Koleksi sampul lesen TV-Radio.Kerjaan Malaysia telah memansuhkan lesen televisyen dan radio pada tahun 1999.


Sebelum tahun 1999 setiap pengguna radio dan TV di Malaysia wajib ada lesen..

Friday, December 23, 2011

Helmets Kura2.

Koleksi topi keledar kura-kura...,


Lampu Pijar Philips lama

Lampu pijar Philips jenis balutan kertas berbentuk selindar ini telah sebegitu lama tiada dikeluarkan oleh syarikatnya.



Disimpan sebagai satu koleksi peribadi serta boleh di tunjuk kepada mereka yang tidak pernah merasai dan melihatnya.
BH Online

Penggunaan lampu pijar dihentikan mulai tahun depan.

PUTRAJAYA: Penggunaan lampu pijar akan dihentikan mulai tahun depan dalam usaha kerajaan menjimatkan penggunaan tenaga selain mengurangkan penghasilan bahan karbon, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan dasar itu penggunaan tenaga elektrik negara dapat dijimatkan sebanyak RM336 juta setahun dan pengurangan penghasilan karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2020.

"Penggantian lampu itu akan dilakukan secara berperingkat selama tempoh tiga tahun yang bermakna semua jenis lampu pijar yang mengeluarkan cahaya kekuningan itu tidak akan dijual mulai 2014.

"Pengguna adalah digalakkan menggunakan lampu yang lebih cekap tenaga seperti lampu kalimantang kompak, lampu lampu kalimantang silinder dan lampu dioda," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Peter Chin berkata, pelaksanaan dasar itu akan dilakukan dalam dua fasa iaitu pertama, menghentikan secara berperingkat pengeluaran, pengimportan dan penjualan lampu pijar dengan spesifikasi kuasa 100 Watt dan ke atas dalam tempoh satu tahun mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2011.

"Kedua, menghentikan pengeluaran, pengimportan dan penjualan semua jenis lampu pijar dalam tempoh dua tahun selepas fasa pertama, bermula 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2013," katanya.

Namun, beliau berkata pengecualian penggunaan lampu pijar untuk beberapa kegunaan khusus akan diberikan berdasarkan senarai yang diluluskan oleh kementerian.

Monday, December 19, 2011

Menerima bungkusan dari Johor Bharu...

Hari ini Isnin 19/12/2011 jam 2.15 petang, teman menerima satu bungkusan poslaju dari Johor Bharu...
dan setelah dibuka sampulnya maka inilah barangnya ia itu satu pam basikal besi lama...
berwarna hitam yang menarik...
di simpan untuk mengimbau nostalgia silam...
begitu sukar untuk memperolehinya dimasa kini....

Monday, December 12, 2011

Buku keluaraan tahun 1960-an

Buku keluaraan di era tahun 1960-an dengan menggunakan ejaan dan cara penulisan lama sangat tinggi nilanya di simpan sebagai satu koleksi.

Buku LATEHAN BAHASA KEBANGSAAN oleh S.M.ZAINUL ABIDIN,B.A.,(London) di terbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pelajaran,Persekutuan Tanah Melayu,Kuala Lumpur.1960
terdapat 195 muka surat ,...
di tulis dalam ejaan lama...
Buku cerita HARIMAU di-Lembah Pahit di terbitkan oleh Pustaka Pena Emas.,Oxford University Press dalam tahun 1961...
terdapat 154 muka surat..
cerita yang menakjubkan dengan di tulis dalam ejaan lama...
kebanyakaan huruf e nya ada bertanda di atas....satu koleksi peninggalan sejarah..

Sunday, December 11, 2011

Helmets Passola..

Passola ialah sebuah motosikal keluaran syarikat Yamaha yang terkenal pada tahun 1980-an. Motosikal ini memiliki kuasa yang kecil iaitu 49 cc...tetapi yang teman simpan bukan motosikal tetapi topi keledarnya.


Penyangkut Baju Kayu..

Hangers....koleksi penyangkut baju diperbuat daripada kayu.