Nuffnang Ads

Sunday, January 29, 2012

Permainan tikam-tikam....

Thunder Cats permainan tikam-tikam begitu digemari oleh kekanak dan bebudak sekolah sekitar tahun 1970 & 1980-an.
Boleh dikatakan setiap kedai runcit terdapat permainan tikam-tikam ini dengan bermodalkan sekupang atau sepuloh sen bagi sekali tikam...ianya lebih kurang ala-ala judi ...
Teman simpan koleksi mainan ini,bertujuan bagi mengimbau nostalgia semasa zaman bebudak...
Mainan tikam-tikam ini hanya tinggal kenangan...

Saturday, January 28, 2012

Nostalgia Dam Ular....

Nostalgia permainan kanak-kanak di era tahun 1970-an ke 1990-an iaitu dam ular & tangga(snake & ladder chess) atau dam Apollo(Apollo chess).


BATUAPI......!

Koleksi majalah keluaran 1 Ogos 1987 'BATU API',tinggal kenangan...
Batu api diterbitkan dua kali sebulan oleh Creative Holdings Sdn.Bhd.No.5B,Lot 38,Jalan Murai Satu,Batu Kompleks,Jalan Ipoh,51100 Kuala Lumpur.
Batu api dicetak oleh Web Printers Sdn.Bhd.No.10,Jalan Bersatu 13/4,Petaling Jaya,Selangor.
Cerita,nama dan watak kartun yang dinamakan dalam BATU API adalah rekaan semata-mata,tidak kena mengena dengan yang hidup atau mati..

Pengarang BATU API adalah Semut Api,Batu Nesan,Alias Janggut,King Lana,Rash dan Bibi Layolana....

Monday, January 23, 2012

Woodpecker...

Woodpecker ataupun burung belatuk carving tools lama ini teman perolehi semasa teman singah di Chong Wah News Agency & Educational Supplies Sdn,Bhd,76-77 Jalan Kangsar,Kuala Kangsar,Perak pada bulan Jun 2011.


Friday, January 20, 2012

Kasut Bata' Badminton Master'

Koleksi yang dapat teman muatkan pada kali ini cuma 2 pasang kasut Bata'BADMINTON MASTER'bertapak getah-hijau.Di era tahun 1970-an -1980-an kasut sekolah berjenama ini begitu gah & megah bagi pemakainya ke sekolah.
teman simpan bagi mengimbau nostalgia lama....
tiada keluar lagi di pasaran....
tiada niat untuk mencari kasut ini dan tanpa sengaja terjumpa di sebuah kedai lama di batu 14 Puchong...
kasut 'bata badminton master tapak getah hijau' ini cuma tinggal 2 pasang sahaja...
dan agak keberatan juga tuan punya kedai nak menjual kasut ini kepada teman kerana sudah begitu lama tersimpan di para kasutnya..
dan dik kerana dah rezeki teman maka ...dapat jugalah....!
Sejarah serba ringkas kasut bata..,
Jenama "Bata" mula di kenali di Malaysia atau Malaya apabila kedai bata pertama di negara ini di lancarkan pada tahun 1930 di bangunan Capitol,Singapura.Setelah 5 tahun kemudian terbinalah kilang "kasut bata"di Klang,Selangor.

Orang yang bertanggung jawab membina dan memajukan jenama 'Bata'sebagai satu jenama yang unggul di dunia adalah Thomas J.Bata.Beliau di lahirkan pada 17 Sept 1914 di Zlin,Czechoslovakia dan beliau meninggal dunia pada usia 93 tahun.

Friday, January 13, 2012

Diplomat bag..

Nostalgia koleksi beg jenama Diplomat keluaran zaman dahulu.........................


Friday, January 6, 2012

Ericsson Hot Line mobile telephone set...

Koleksi telefon bimbit jenis Ericsson Hotline teman simpan kerana mengenang nostalgia lama...Satu ketika dahulu dalam tahun 1990-an sesiapa yang mempunyai telefon jenis ini melambangkan dia itu adalah seseorang....!..Tidak semua yang dapat menggunakan telefon ini kerana harganya begitu tinggi paling kurang pun antara RM8000...?




Album:
Mobile telephone
Creator: L. M. Ericsson
Country: Sweden
Year: 1991
Location: Hall 3
Inventory id.: T99 3/2/1

The first analogue (450 MHz) mobile telephone set operated from 1991 through 2003 using area code 60. The standing design assured the convenient portability. The handset recessed in the handle was placed on the upper part. The keypad and the LCD window were on its upper part. The set was of high importance not only because of its mobile nature but it also played a role in mitigation of the telephone shortage.

Thursday, January 5, 2012

XVI Commonwealth Games Kuala Lumpur 98...

Sukan Komanwel XVI 1998 teman merupakan salah seorang sukarelawan pada temasya tersebut dan menerima pelbagai cenderahati tetapi yang masih tersimpan sehingga kini cuma sehelai baju ini sahaja,....



Sukan Komanwel XVI 1998 merupakan Sukan Komanwel telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 11 hingga 21 September 1998 yang merupakan tuan rumah negara Asia yang pertama dan Sukan Komanwel terakhir untuk abad ke-20. Satu rekod 70 negara (34 daripanya memperoleh pingat) membekalkan 3638 atlet.


Logo Sukan Komanwel ke-16 ini diinspirasikan daripada bunga kebangsaan Malaysia, bunga raya. Ini adalah pertama kali warna kuning digunakan dalam lambang logo. Sebelum ini hanya warna biru dan merah digunakan sebagai lambang bendera Union Jack.

Maskot rasmi bagi Sukan Komanwel di Kuala Lumpur ialah Wira, seekor Orang Utan. Maskot ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad pada 13 April 1994.

Monday, January 2, 2012

Keping Gaji - Jabatan Telekom

Penyata gaji atau slip gaji adalah merupakan perkara biasa bagi mereka yang bergaji.Akan tetapi koleksi teman merupakan KEPING GAJI -JABATAN TELEKOM semasa sebelum di swastakan bagi gaji kakitangan bulan Januari 1987.
Kepingan Gaji-Jabatan Telekom ini teman simpan bertujuan untuk memperingati sejarah bahawa Telekom Malaysia Berhad sebelum di swastakan adalah dibawah Jabatan Kerajaan.

Sunday, January 1, 2012

Wang Tunai & Kad Kredit...

Diawal tahun 2012 koleksi teman hanya 2 papan tanda cara pembayaran iaitu secara wang tunai atau kad kredit....
Sekiranya kita memilih bayaran secara wang tunai maka besar kemungkinan tidak sakit kepala memikirkan bebanan hutang...dan jika sebaliknya...?..


Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia
boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian
di kedai saudagar. Walau bagaimanapun, jika anda tidak menggunakannya
secara berhemat atau gagal membuat bayaran bulanan, anda mungkin
telah berbelanja di luar kemampuan anda dan terjerumus ke kancah
kemelut kewangan.