Nuffnang Ads

Friday, January 20, 2012

Kasut Bata' Badminton Master'

Koleksi yang dapat teman muatkan pada kali ini cuma 2 pasang kasut Bata'BADMINTON MASTER'bertapak getah-hijau.Di era tahun 1970-an -1980-an kasut sekolah berjenama ini begitu gah & megah bagi pemakainya ke sekolah.
teman simpan bagi mengimbau nostalgia lama....
tiada keluar lagi di pasaran....
tiada niat untuk mencari kasut ini dan tanpa sengaja terjumpa di sebuah kedai lama di batu 14 Puchong...
kasut 'bata badminton master tapak getah hijau' ini cuma tinggal 2 pasang sahaja...
dan agak keberatan juga tuan punya kedai nak menjual kasut ini kepada teman kerana sudah begitu lama tersimpan di para kasutnya..
dan dik kerana dah rezeki teman maka ...dapat jugalah....!
Sejarah serba ringkas kasut bata..,
Jenama "Bata" mula di kenali di Malaysia atau Malaya apabila kedai bata pertama di negara ini di lancarkan pada tahun 1930 di bangunan Capitol,Singapura.Setelah 5 tahun kemudian terbinalah kilang "kasut bata"di Klang,Selangor.

Orang yang bertanggung jawab membina dan memajukan jenama 'Bata'sebagai satu jenama yang unggul di dunia adalah Thomas J.Bata.Beliau di lahirkan pada 17 Sept 1914 di Zlin,Czechoslovakia dan beliau meninggal dunia pada usia 93 tahun.

No comments:

Post a Comment