Nuffnang Ads

Monday, April 9, 2012

Donald Duck tabung duit...

Tabung duit Donald Duck ini teman dapat di Barter Corner No. 8-1A, Jalan Bandar 2, Pusat Bandar Puchong, Puchong 47100. Selangor ..


Donald Duck Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Donald Duck adalah salah satu watak Disney yang merupakan seekor itik yang sering ditampilkan mengenakan baju kelasi biru tanpa celana. Donald muncul buat pertama kali pada 9 Jun 1934 dalam kartun "The Wise Little Hen".

Menurut kartun Donald Gets Drafted (1942), nama lengkap Donald Duck adalah Donald Fauntleroy Duck (nama tengahnya merupakan rujukan untuk topi kelasinya yang merupakan aksesori untuk baju Fauntleroy). Laman Disney juga menyatakan bahawa namanya adalah Donald Fauntleroy Duck dan sebuah episod dalam film Quack Pack juga menyatakan hal yang sama.[2]

Watak Donald dengan suara khasnya merupakan hasil kerja dari penata suaranya, iaituClarence "Ducky" Nash. Karyanya inilah yang berjaya mengangkat Donald dan tertanam pada pemirsanya sebagai watak dengan ciri khas yang unik.

Tarikh lahir Donald Duck

Sifat Donald yang paling terkenal adalah sifatnya yang mudah marah. Dia juga sering dipecat dan bertukar-tukar pekerjaan, namun itu menunjukan bahawa dia lebih menonjol dari watak Disney yang lain kerana dapat bekerja dalam hampir semua bidang.

Hari ulang tahun Donald disahkan pada 9 Jun 1934,[3] iaitu pada hari Donald muncul buat pertama kali, tetapi dalam film The Three Caballeros, ulang tahunnya jatuh pada hari Jumaat ke-13, bahkan, menurut kartun Donald's Happy Birthday, ulang tahun Donald jatuh pada 13 Mac.

Suara Donald yang terkenal menggunakan suara Nash, namun dia mengisi suara Donald hanya hingga tahun 1985, sejak tahun 1985, Donald berlatarkan suara Tony Anselmo yang telah dilatih oleh Nash sendiri.

1 comment:

  1. Ingatkan kita semasa kanak kanak lagi hari-hari tunggu cerita katun Donald Duck dan Mickey Mouse di depan TV.

    ReplyDelete