Nuffnang Ads

Tuesday, September 15, 2015

Cenderahati YAB MB Pahang Ketigabelas

Koleksi cenderahati perkahwinan anakda YAB MB Pahang Ketigabelas pada 17-4-1999.






YAB. MENTERI BESAR PAHANG

Nama : Tan Sri Haji Mohd Khalil Bin Yaakob SSAP., SIMP., PSM.,
             DSAP.,  JSM., SMP.
Tarikh : 14.08.1986 - 22.05.1999

Mohd Khalil Yaakob

Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob (lahir 29 Disember 1937) merupakan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6. Beliau merupakan bekas Menteri Besar Pahang dan bekas Setiausaha Agung UMNO.

Tun dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka ke-6 pada 1 Jun 2004 bagi menggantikan Tun Syed Ahmad Shahabudin, bekas Menteri Besar Kedah. Pada 1 Jun 2012, beliau mengangkat sumpah menyambung khidmat jawatan tersebut bagi penggal ketiga di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara.
.
Beliau yang dilahirkan di KuantanPahang mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad Shah kemudian meneruskan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar[ dan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.

Beliau berkahwin dengan Toh Puan Zurina binti Kassim pada tahun 1965 dan dikurniakan 3 orang anak.

Politik

Beliau yang menyertai UMNO pada 1962, telah mula bertanding di Dewan Undangan Negeri Pahang Bukit Ibam pada tahun 1978. Kemudian bertanding di Parlimen Maran .
Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan (1982-1984) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1984-1986) .Pada 14 Ogos 1986 beliau dilantik menjawat jawatan Menteri Besar Pahang menggantikan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak sehingga 22 Mei 1999. Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri Penerangan menggantikan Dato Mohamad Rahmat. Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dari 25 Mei 1999 hingga 31 Mei 2004. Pada 4 Jun 2004, beliau dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka.

Sunday, September 6, 2015

NUFFNANG SDN BHD...
Menerima bayaran daripada Nuffnang atas iklan yang dimuatkan di blog...
Pak Mat Tahir Puchong

GLITTERATI

Apa itu "Nuffnanger Eksklusif"??

Seorang "Nuffnanger" merupakan blogger Nuffnang yang mempunyai TIADA iklan-iklan dari, memperkatakan tentang, atau memaut kepada rangkaian iklan lain dari Asia Tenggara, atau sebarang rangkaian iklan yang disifatkan sebagai pesaing atas blog anda.

How do I apply for the Nuffnang Glitterati club?

Anda tidak perlu membuat permohonan, anda secara automatik akan menjadi ahli Glitterati Nuffnang selagi anda tidak mempunyai sebarang iklan dari, memperkatakan tentang, atau memaut kepada rangkaian iklan lain dari Asia Tenggara atau sebarang rangkaian iklan yang kami sifatkan sebagai pesaing atas blog anda. Crawler kami akan secara automatik menyertakan blog anda dalam kelab dalam tempoh 7 hari.
Harap maklum bahawa sekiranya iklan daripada, ataupun memaut kepada, jaringan pesaing disertakan dalam blog anda pada bila-bila masa, crawler kami akan mengesannya dalam 4 hari dan anda akan dikeluarkan dari kelab secara automatik.

Mengapa Anda Patut Sertai Komuniti Glitterati Nuffnang

  1. KADAR BAYARAN UNTUK KEDUA-DUA KEMPEN CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISITOR) DAN CPC (COST-PER-CLICK).

    Semakin kurang iklan seorang blogger paparkan atas blognya, semakin tinggi suara setiap iklan kerana ia tidak perlu bersaing dalam ruang sempit. Maka, semakin tinggi CTR (Click-Through-Ratio) dan semakin tinggi nilai ruang iklan dalam blog tersebut.
    Sebagai contoh, anda tidak akan mungkin jumpa 8 iklan berbeza di atas satu halaman surat khabar yang sama kecuali di bahagian Classifieds di mana setiap pengiklan membayar jumlah yang kecil. Akibatnya, ahli Nuffnang Glitterati akan menjana pendapatan sebanyak 20-40% lebih daripada blogger yang memenuhi blog mereka dengan iklan-iklan lain.
  2. TERMA PEMBAYARAN

    Nuffnang membayar ahli-ahli Glitterati 30 hari selepas setiap hujung bulan tarikh permohonan cashout. Dari situ, cek tersebut akan dikumpulkan dan dihantar ke bank untuk pemprosesan guaman sebelum dihantar kepada alamat yang didaftarkan. Pemprosesan dan penghantaran oleh pihak bank akan mengambil lebih kurang 2 minggu.
    Sebaliknya, Nuffnang mengambil selama 60 hari untuk memproses pembayaran cashout untuk ahli bukan-Glitterati. Dalam kata lain, ahli Glitterati akan menerima pendapatan mereka dalam tempoh masa yang lebih singkat.
  3. PELUANG ADVERTORIAL

    Ramai blogger sedia maklum bahawa kempen iklan banner menjana pendapatan yang stabil, namun sebenarnya advertorial yang menawarkan bayaran yang paling lumayan. Setiap advertorial, bergantung kepada pihak pengiklan, komitmen dan trafik blog, mampu membawa bayaran yang amat lumayan sekali. Tambahan lagi, kadang kala pengiklan akan memberi hadiah percuma juga!
    Sebelum ini, peluang advertorial terbuka kepada kesemua Nuffnangers. Namun, disebabkan permintaan tinggi untuk advertorial dan keperluan untuk kami mencari blogger mana dari beribu-ribu untuk diberi advertorial, kini hanya blogger ekslusif akan layak diberi advertorial.
  4. ACARA KOMUNITI

    Nuffnang dikenali dalam menganjurkan antara acara komuniti yang paling meriah seperti tayangan filem, review makanan, pelancaran media dan banyak lagi acara ekslusif. Seingin kami untuk melanjutkan jemputan acara-acara kami kepada kesemua Nuffnangers, ia sering sukar untuk menampung kesemua orang.
    Disebabkan itu, Nuffang ingin memberikan ahli Glitteratinya keutamaan yang paling tinggi apabila memberikan jemputan kepada acara-acara yang dilatakan tadi.
  5. PERADUAN

    Nuffnang telah menjadi hos kepada peraduan dan pemberian hadiah, di mana blogger-blogger menerima hadiah seperti baucar diskaun, hamper produk, telefon bimbit, camera and juga lawatan ke luar negara dimana kesemua perbelanjaan telah ditanggung Nuffnang!
    Dengan permintaan tinggi untuk peraduan-peraduan seperti ini, Nuffnang akan memberi keutamaan kepada ahli Glitterati sebelum membuka kepada ahli bukan-Glitterati.