Nuffnang Ads

Tuesday, September 15, 2015

Cenderahati YAB MB Pahang Ketigabelas

Koleksi cenderahati perkahwinan anakda YAB MB Pahang Ketigabelas pada 17-4-1999.






YAB. MENTERI BESAR PAHANG

Nama : Tan Sri Haji Mohd Khalil Bin Yaakob SSAP., SIMP., PSM.,
             DSAP.,  JSM., SMP.
Tarikh : 14.08.1986 - 22.05.1999

Mohd Khalil Yaakob

Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob (lahir 29 Disember 1937) merupakan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6. Beliau merupakan bekas Menteri Besar Pahang dan bekas Setiausaha Agung UMNO.

Tun dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka ke-6 pada 1 Jun 2004 bagi menggantikan Tun Syed Ahmad Shahabudin, bekas Menteri Besar Kedah. Pada 1 Jun 2012, beliau mengangkat sumpah menyambung khidmat jawatan tersebut bagi penggal ketiga di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara.
.
Beliau yang dilahirkan di KuantanPahang mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad Shah kemudian meneruskan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar[ dan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.

Beliau berkahwin dengan Toh Puan Zurina binti Kassim pada tahun 1965 dan dikurniakan 3 orang anak.

Politik

Beliau yang menyertai UMNO pada 1962, telah mula bertanding di Dewan Undangan Negeri Pahang Bukit Ibam pada tahun 1978. Kemudian bertanding di Parlimen Maran .
Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan (1982-1984) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1984-1986) .Pada 14 Ogos 1986 beliau dilantik menjawat jawatan Menteri Besar Pahang menggantikan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak sehingga 22 Mei 1999. Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri Penerangan menggantikan Dato Mohamad Rahmat. Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dari 25 Mei 1999 hingga 31 Mei 2004. Pada 4 Jun 2004, beliau dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete